Post Views: 29
“Selepas cemerlang beraksi di peringkat Zon 3 (Borneo) kami mahu rentak kecemerlangan ini diteruskan pada aksi suku akhir berdepan WTS FC malam esok.
“Kami telah membuat persiapan rapi dari segi fizikal dan juga mental, memiliki beberapa pemain berpengalaman diperingkat Liga Super dan skuad kebangsaan umpama tonik tambahan buat pasukan.
“Peranan pemain muda berpotensi dan sokongan pemain ke-12 sangat mengujakan untuk menyaksikan pertembungan yang dilihat laluan untuk beraksi di pentas liga yang lebih tinggi musim depan.
“Pastinya kami mahu menamatkan buruan slot suku akhir dalam tempoh 90 minit dan bukannya menerusi sepakan penalti.
-Pengendali Machan FC, Endrew Lawadin-
Machan FC lwn WTS FC
9 September 2023 (Sabtu) / 8.15 malam.
Stadium Negeri, Kuching.
