Post Views: 21
“Jualan Murah Yang Berintegriti”
Usah cipta keadaan yang boleh mengelirukan pengguna. Keadaan yang mengelirukan ini boleh merugikan atau memangsakan pengguna. Sememangnya pengguna inginkan harga yang lebih murah untuk manfaat mereka. Namun mereka tidak mahu promosi ini seperti “ada udang di sebalik batu” yang penuh muslihat.
KPDN akan sentiasa mengiatkan usaha demi melindungi pengguna dari dikelirukan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Komitmen KPDN menyeluruh, perniagaan fizikal atau secara dalam talian tidak akan terlepas dari pemerhatian kami. Jika anda peniaga yang ada cita-cita untuk mengelirukan, nasihat kami supaya hentikan impian anda. Semua peniaga di Malaysia bertanggungjawab atas perniagaan mereka!
