Masa silih berganti namun kami tetap teguh memikul amanah demi memastikan ekosistem perdagangan adil dan makmur buat seluruh rakyat Malaysia. Penguatkuasaan KPDN sentiasa melalui proses tambah baik sesuai dengan peredaran zaman.
 
Kewujudan pasaran secara dalam talian kini berikan dimensi serta cabaran baru buat kami. Namun dengan kebolehsuaian yang sememangnya ada dalam KPDN, kami pasti ianya mampu diatasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebagai pegawai penguat kuasa.