Saingan LSP23 semakin mengakhiri kemuncak saingan apabila 4 pasukan teratas akan bertembung pada minggu ini dengan menyaksikan Lion Junior FC akan menerima kunjungan KSMR Kangar FC. Manakala, pertembungan separuh akhir 2 menyaksikan Guar Syed Alwi FC akan bertemu Anak Nelayan FC.
Semua perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Padang A, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra pada tepat jam 4.15 petang. Ayuh seluruh rakyat Perlis penuhkan semua ruang kawasan padang kompleks dengan sorakan anda.