Post Views: 17
Kempen beli Barangan Buatan Malaysia mula dilancarkan di negara ini pada tahun 1984. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan semula program ini pada tahun 2009 dan dijenamakan semula sebagai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) bagi mempertingkatkan perbelanjaan domestik.
Ayuh berbelanja bijak dengan membeli barangan tempatan yang berkualiti pada harga berpatutan. Zahirkan rasa patriotik dengan menyokong produk tempatan.
