Ahli Hero Pengguna memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga Kementerian dalam melaporkan kesalahan dalam bidang kuasa Kementerian melalui saluran yang disediakan. Dengan menjadi mata dan telinga Kementerian, ahli Hero Pengguna membantu dalam pemantauan dan pematuhan undang-undang kepenggunaan.
 
Dengan kerjasama yang erat antara Kementerian dan ahli Hero Pengguna, kita dapat mencapai sasaran bersama untuk memastikan pematuhan undang-undang kepenggunaan, melindungi hak-hak pengguna, dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kepenggunaan.