Inisiatif ini memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia. Dengan lebih banyak orang menyokong dan membeli produk Malaysia, ia telah menggerakkan semangat kesedaran dan kebanggaan terhadap produk tempatan.
 
Semakin ramai yang menyedari bahawa dengan membeli produk Malaysia, mereka turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan menyokong usaha-usaha untuk mencipta peluang pekerjaan tempatan.