“Berada dikelompok empat terbaik dan hanya selangkah ke pentas final seharusnya buruan kejuaraan diteruskan untuk Machan FC berada dalam saingan MBSB Bank Championship 2024 secara merit.
 
“Alang-alang sudah berada ditahap sebegini (separuh akhir) ada baik dan bagusnya pentas final milik Machan FC, pemain mengetahui apa yang pengurusan dan mereka mahukan, jadi kami akan pastikan ianya menjadi kenyataan.
 
“Kami menghormati pasukan lawan dan mengetahui serba sedikit kekuatan yang ada pada mereka, macam saya sering katakan sebelum ini bola itu bulat dan macam-macam boleh berlaku.
 
“Pemain telah diingatkan agar sentiasa waspada dan memberikan tumpuan penuh disepanjang masa perlawanan”.
– Ketua jurulatih Machan FC, Endrew Lawadin –
 
> Separuh Akhir Al Ikhsan Cup 2023
– Machan FC lwn UiTM United
22 September 2023 (Jumaat)
Std Negeri Kuching / 3.45 petang