KPDN ingin menegaskan bahawa langkah ini bertujuan untuk memastikan pengedaran minyak masak bersubsidi lebih saksama dan adil. Dengan mematuhi had pembelian ini, ia membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada subsidi yang disediakan oleh kerajaan.

Selain itu, KPDN juga ingin mengingatkan kepada pengguna agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai barangan terkawal dan bersubsidi. Menyebar maklumat palsu atau tidak tepat boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan pengguna dan peniaga.

#KPDN
#PenggunaBerdayaNegaraRahmahSejahtera
#Ekosistemperdanganganadil
#MalaysiaMADANI
#KPDNMemacuMalaysiaGemilang