Post Views: 56
Machan FC atau UiTM United yang akan beraksi dipentas MBSB Championship musim depan itulah persoalan yang kini hangat diperkatakan.
Berada dipentas separuh akhir bukanlah satu tugas mudah namun semua ini diharungi dengan tenang Machan FC dan UiTM United yang akan bertarung dipentas separuh akhir petang esok.
Machan FC yang terpaksa menunggu sehingga penentuan sepakan penalti ketika berdepan WTS FC untuk layak pastinya berdepan cabaran lebih getir menentang UiTM United yang hadir selaku pelawat.
Cabaran lebih mudah buat UiTM United dipentas suku akhir selepas hanya memerlukan 90 minit masa perlawanan untuk menang 2-0 mengatasi Bunga Raya FC.
Jadi kami bawakan siaran secara langsung pertembungan menarik kedua-dua pasukan menerusi Facebook Amateur Football League petang esok.
