ANDA JUMPA HARGA BARANG YANG MURAH?
JOM KONGSIKAN DI PRICE CATCHER!
 
Melalui aplikasi Price Catcher, selain perbandingan harga pasaran terkini, anda juga boleh mengakses harga-harga promosi yang dimuat naik oleh rakan Price Catcher yang lain. Komponen ‘Kongsi’ dalam aplikasi ini memberi kelebihan kepada para pengguna untuk berkongsi maklumat harga istimewa yang ditawarkan di pasar raya lain dan secara tidak langsung menikmati penjimatan yang terbaik ketika berbelanja.
 
Ayuh muat turun sekarang.
Jadilah Pengguna Bijak yang saling memanfaatkan antara satu sama lain.