Post Views: 44
UiTM United akan tampil selaku tuan rumah sudah pasti tidak ingin melihat lawan meraikan kejuaraan sulung digelanggang keramat mereka walaupun mengakui cabaran sengit bakal diberikan YPM FC yang memiliki ramai bekas pemain berpengalaman.
Bagi YPM FC mereka hadir dengan semangat pemain ke 12 yang akan hadir memenuhi segenap tempat duduk untuk memberikan sokongan.
Jadi yang mana berhampiran Stadium UiTM Shah Alam jom kita sama-sama memeriahkan kejohanan.
AFL juga akan membawakan siaran langsung menerusi Facebook Amateur Football League (AFL) yang akan dijayakan gandingan pengulas berpengalaman serta sedang meningkat naik !!!!
