Perundangan ini dikuatkuasakan KPDN bagi memastikan bekalan barang-barang kawalan dan bersubsidi termasuk minyak diesel dan petrol hanya dinikmati oleh rakyat dalam negara.
 
Penguatkuasaan undang-undang ini juga bertujuan bagi memastikan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan dan bersubsidi yang berlaku dapat diatasi dengan lebih berkesan dan holistik demi kesejahteraan pengguna dalam negara selain memastikan subsidi yang diberikan Kerajaan hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia.