Tourism Melaka terus mempergiatkan usaha mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 dengan menganjurkan Program Promosi Pelancongan Negeri Melaka bermula 6-29 Oktober 2023 bertempat di Ruang Pameran KLIA Terminal 1.
Penganjuran program promosi ini adalah berdasarkan kerjasama yang erat bersama Tourism Malaysia bagi mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan dalam menarik 8.4 juta pelancong ke Negeri Melaka pada tahun ini.
Pada minggu ini (13-15 Oktober 2023), Briged Seni Melaka turut bersama-sana memeriahkan lagi program promosi ini dengan mengadakan persembahan kebudayaan Melaka pada jam 11.00 pagi, 3.00 petang dan 8.00 malam.
Pada kali ini, Pavillion Melaka disertai oleh Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, A’Famosa Resort, Hotel Tun Fatimah Riverside, Hotel Ames, HNE Horizon Sdn Bhd, Hotel Ibis Melaka, Amverthon Heritage Hotel, Hotel Queenspark Lovita, Red Craf & Deco, Menate Steak Hub dan Hotel Sentral Riverview.
Mana Lagi? Melaka Ler…