Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, juga sebagai Menteri Kewangan, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, dengan jelas menunjukkan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan memulihkan kedudukan sebagai pemimpin ekonomi serantau melalui pengurusan ekonomi yang berkesan, dengan tujuan untuk memajukan kesejahteraan rakyat.
Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab berkenaan isu kos sara hidup serta demi merancakkan perkembangan ekonomi domestik, Kementerian menyambut baik akan Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan selaras dengan prinsip MADANI.
KPDN akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kebajikan dan kepentingan pengguna dilindungi dan pada masa yang sama sektor peruncitan dan perdagangan domestik negara berkembang maju.