Seluruh warga kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN atas penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-74 Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Oktober 2023.
Semoga pencapaian ini turut memberi inspirasi kepada warga KPDN dan agensi-agensi agar terus komited dan bersemangat memberikan perkhidmatan cemerlang dalam memacu kejayaan demi negara tercinta.