Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang menganjurkan Program Festival Teater Pengguna Siswa Universiti Awam 2023.
Orang awam turut dijemput untuk menyaksikan pementasan teater pendek yang bertemakan ‘Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup’ daripada 17 buah Universiti Awam di seluruh Malaysia.
🗓Tarikh : 22 hingga 31 OKTOBER 2023
⏰Waktu : Mengikut waktu pementasan (Lampiran)
📍Tempat : Panggung Percubaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor
🎟️Masuk adalah PERCUMA! 🎉
Jumpa anda di sana‼️