Sekitar majlis penyampaian hadiah buat KL Rovers selaku naib juara MBSB Bank Championship 2023 selepas tamat perlawanan Harini Selangor FT menentang KL Rovers di Stadium UPM,Serdang.
Pada masa sama penyerahan hadiah kepada tempat ketiga kepada Harini Selangor FT turut juga diadakan.
Majlis penyampaian hadiah disampaikan Ketua Jabatan Inovasi Pengguna MBSB Bank, Norashikin Mohd Nor yang turut disaksikan Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Hadir sama, Exco FAM Tuan ACP (B) Md Dali Wahid, Ahli Lembaga Pengarah AFL, Syed Yazid Syed Omar dan Datuk Kamarudin Hassan.
Tahniah AFL ucapkan kepada KL Rovers dan Harini Selangor FT yang memberikan tentangan sengit merebut kejuaraan !!!