A.C.A.B. merupakan sebuah kugiran skinhead dari Malaysia yang ditubuhkan pada penghujung tahun 1994. Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2004, ia kemudiannya ditukar kepada The A.C.A.B. berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada oi! kepada rock indie. Pada tahun 2014, Megat Hafiz iaitu ketua kugiran A.C.A.B. atau The A.C.A.B. telah merancang untuk kembali ke zaman lewat 1990-an. 

Sehingga kini, kugiran mereka sudah kembali. Anggota terkini A.C.A.B. atau The A.C.A.B. adalah Megat Hafiz sebagai vokalis, Edy J. Herwan sebagai gitaris, Anas sebagai Bassist dan Zul sebagai drummer untuk A.C.A.B. atau The A.C.A.B.

Nama A.C.A.B. sebagai kugiran skinhead terus dikenang di hati para peminat underground. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kemelut politik dan ketidakadilan sosial yang membelenggu anak muda ketika itu, setiap bait lirik dalam album ini bagai wadah yang bercakap bagi pihak mereka waima setiap not dan melodi dari intro ke solo setiap lagu masih mampu dihafal dan kekal relevan sehingga kini.

Download vivify app http://onelink.to/vivifyapp untuk informasi terkini & terhangat