
Wings merupakan sebuah kumpulan muzik rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kumpulan muzik ini diketuai oleh Eddie. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh enam anggota asal yang terdiri dari Eddie (Gitar Bes), Syam (Gitar Utama), Awie (Penyanyi), Zul (Keyboard), Awong (Gitar Kedua) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja setelah beberapa anggota bersilih ganti. Eddie, Awie, Joe dan Black adalah anggota yang telah mengambil jangka masa yang lama untuk menganggotai kumpulan ini.
Kini anggota Wings hanya menjadi tiga orang iaitu Eddie, Awie dan Black selepas pemain gitar utamanya, Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016 berikutan masalah dalaman yang dihadapinya setelah 28 tahun beliau mengharungi suka duka bersama Wings. Ini menjadikan Eddie sebagai pengasas dan anggota tertua yang paling lama bertahan di dalam Wings kerana sebelum ini Awie, Syam dan Black pernah keluar dari kumpulan tersebut satu ketika dahulu. Awie meninggalkan Wings setelah album “Bazooka Penaka” (1993), Syam selepas album pertama “Belenggu Irama” (1987) dan Black selepas album “Teori Domino” (1990).
Sesudah Joe meninggalkan kumpulan ini pada penghujung tahun 2016, Wings menggunakan nama Wings & Superfriends seketika.[1] Ini berikutan Wings bersetuju untuk memerlukan dua khidmat pemain gitar utama yang berpengalaman iaitu Syam yang juga merupakan anggota asal Wings dan Edrie Hashim (Bekas anggota Kumpulan Chapters) sebagai pemuzik undangan yang di beri gelaran Superfriends untuk menggantikan tempat Joe. Pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai Wings setelah Awie, Eddie dan Black bersetuju untuk menjadi di serap 5 orang anggota kumpulan Wings. Nama Wings & Superfriends tidak digunakan lagi. Wings diserapkan lima orang anggota iaitu Awie (Penyanyi), Syam (Gitar Utama), Edrie (Gitar Utama), Eddie (Gitar Bass) dan Black (Dram).
Muat turun aplikasi Vivify
http://onelink.to/vivifyapp untuk informasi terhangat & terkini.