Search ialah sebuah kugiran muzik Malaysia yang dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana Malaysia semenjak dekad 1980-an. Semenjak ditubuhkan pada Mei 1981 yang diasaskan oleh Amy, kugiran ini telah menghasilkan lebih 12 album studio yang terjual laris, berpuluh-puluh lagu yang disambut hangat di corong radio, ratusan lagi konsert yang sering terjual habis tiketnya, sepanjang sejarah mencecah berdekad dalam industri muzik Malaysia, menjadikan mereka antara kugiran rock yang terunggul di Malaysia sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an

Pada Tahun 1989, Anugerah Juara Lagu ataupun dikenali sabagai AJL dikejutkan dengan kemenangan kumpulan Search. Search memenangi kategori lirik terbaik, persembahan terbaik dan menjadi juara pertandingan AJL 1989.

Tahun 2020 dikejutkan dengan pengunduran diri Amy dari Kumpulan Search. Amy kini digantikan dengan penyanyi Indonesia, Denden Gonjales. Akan tetapi, pada tahun 2021, Amy membuat satu lagi keputusan yang mengejutkan ramai pihak. Beliau menubuhkan satu lagi band search dengan anggota asal Hillary Ang, Man Kidal dan Nasir. Perkara ini membuatkan ramai pihak keliru terutama sekali Kid dan juga Din. Mereka menyifatkan tindakan Amy tidak berasaskan itu adalah tindakan merompak jenama nama Search. Kesimpulannya, Search kini mempunyai dua buah Kumpulan yang memakai nama yang sama. Kedua-dua barisan Search ini terus menjalankan aktiviti seni dan menganjurkan konsert masing-masing yang sentiasa fullhouse. Tiada sebarang halangan untuk kedua-dua Search menggunakan nama tersebut dari kedua-dua pihak.

Download vivify app http://onelink.to/vivifyapp untuk informasi terkini & terhangat.