Post Views: 43
Akses kepada keperluan harian masyarakat menjadi fokus utama KPDN. Barangan kawalan seperti gula akan terus dipantau bekalannya agar kekal stabil dan tidak mencetuskan situasi panik yang boleh menjurus kepada pembelian panik dalam kalangan pengguna. OPERASI MANIS 2.0 diteruskan untuk membanteras sebarang aktiviti penyelewengan gula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
KPDN menyeru kepada masyarakat agar melaporkan salah laku peniaga yang cuba menyeleweng barang kawalan termasuklah Gula Rakyat ke saluran aduan yang betul. Aduan yang lengkap akan disiasat dalam tempoh 24 jam.



