
Stadium Likas ialah sebuah stadium yang terletak di Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Stadium ini rasmi dibuka pada tahun 1983 dengan kapasiti yang rendah dan merupakan sebuah stadium yang tidak serba guna (hanya digunakan untuk kegiatan bola sepak). Stadium ini dibina semula pada tahun 2001 sebagai stadium serba guna selepas tahun 2000 iaitu sebelum tahun 2002 untuk kejohananSukan Malaysia dan merupakan yang terbesar di Sabah dengan kapasiti 22,000Stadium ini pernah digunakan oleh pasukan Sabah FA 1995 hingga 2019 untuk kejohanan bola sepak sebelum pasukan tersebut menjadi kelab persendirian yang dimiliki oleh Sabah Football Club Sdn Bhd pada tahun 2021. Pada tahun 2023, Pihak Sabah FC dan kerajaan Sabah telah mengumumkan untuk menaiktaraf dan mengubahsuai Stadium berkenaan untuk persediaan menghadapi kejohanan AFC 2023.