
Wings merupakan sebuah Kumpulan Muzik Rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur, Malaysia. Kumpulan muzik ini diketuai oleh Eddie. Semasa penubuhannya, kumpulan ini dianggotai oleh enam anggota asal yang terdiri dari Eddie (Gitar Bes), Syam (Gitar Utama), Awie (Penyanyi), Zul (Keyboard), Awong (Gitar Kedua) dan Jojet (Dram). Namun jumlah anggota Wings telah berubah dengan menjadikan empat orang anggota sahaja setelah beberapa anggota bersilih ganti.
1. TAMAN RASYIDAH UTAMA

Lagu ini adalah lagu yang membawakan nama kumpulan Wings ke status kumpulan muzik gred A di Malaysia kerana kualiti lagu dan persembahan bakat luarbiasa mereka di dalam mempersembahkan lagu ini secara langsung di atas pentas. Lagu ini yang dimulakan intro guruh dan hujan menjadikan ianya satu lagu unik pada tahun itu dan juga merupakan salah satu lagu Rock Balada paling popular sepanjang zaman di Malaysia.
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Hukum Karma
2. PERONDA JAKET BIRU

Lagu Rock ini adalah salah satu lagu Rock paling popular untuk era 1980’s. Muziknya yang rancak dan lirik lagu Na Na Na Na menjadikan lagu ini sangat enjoy dan sangat sesuai dinyanyikan di sesebuah konsert atau anugerah majlis hiburan. Lagu ini antara lagu Rock Kapak yang malar segar sehingga kini.
Komposer : Usop
Penulis Lirik : Usop
Album : Belenggu Irama
Tahun : 1987
3. MISTERI MIMPI SYAKILA

Lagu megahits ini meneruskan kehebatan dan populariti tahap tertinggi untuk kumpulan Wings di era 1980 an selepas meletop dengan lagu Taman Rasyidah Utama. Pada tahun ini boleh dikatakan kumpulan Wings adalah kumpulan paling popular tahun 1988 di Malaysia.
Komposer : J.S Kevin
Penulis Lirik : J.S Kevin
Album : Hukum Karma
Tahun : 1988