Sebut sahaja Nirvana, pasti ramai akan menyukai genre grunge yang dibawa oleh band tersebut. Di Malaysia, Kumpulan Butterfingers lah yang membawa genre grunge di Malaysia. Mari kita lihat top 3 lagu terbaik dari Butterfingers:-

1. Vio-pipe (1997)

Tahukah anda? Jika diteliti, idea ataupun ilham untuk menghasilkan lagu ini semestinya sukar dan tidak mudah. Ini kerana, peralatan muzik bagpipe dari Scotland digunakan untuk mewujudkan lagu bergenre rock instrumental seperti demikian. Melodi yang dimainkan dalam lagu tersebut juga kedengaran begitu mengasyikkan meskipun ritmanya sedikit berulang-ulang.

2. Girl Friday (1997)

Girl friday merupakan antara lagu paling popular dalam album kedua Butterfingers. Ini kerana lagu tersebut mempunyai melodi yang sangat elegan dan mudah untuk diingati. Irama sebegini sering kali diibaratkan seperti bunyi Nirvana yang telah menerima rentak baru iaitu pop.

3. Royal Jelly (1996)

Royal Jelly merupakan lagu paling berhantu kerana alunan dan dendangan muzik rock secara tidak langsung memperlihatkan hala tuju awal Butterfingers sewaktu di zaman awal kemunculan mereka dalam industri hiburan.