29 Oktober 2023-Majlis Penyerahan Pelekat Promosi Tahun Melawat Melaka 2024 pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bagi merancakkan semula sektor pelancongan Negeri Melaka, seterusnya mempromosikan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.
Turut hadir sama ialah YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; dan YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka.