Post Views: 51
Imigresen FC juara edisi sulung MBSB Bank Championship
JUARA edisi sulung MBSB Bank Championship 2023 menjadi milik Imigresen FC hasil kemenangan 1-0 ke atas Melaka FC di Stadium Hang Tuah, selepas KL Rovers hanya mampu terikat seri 1-1 pada aksi perlawanan terakhir MBSB Bank Championship yang dijalankan secara serentak.
Anak didik Mat Zan Mat Aris itu yang diberi jolokan The Mighty Tigers menamatkan saingan 24 perlawanan memgumpul 55 mata hasil 17 kemenangan, seri empat dan tiga kekalahan manakala Kuala Lumpur Rovers naib juara dibezakan hanya satu mata selepas mencatatkan 16 kemenangan enam seri dan dua kekalahan.
Majlis Penyerahan Piala dan Pingat Juara MBSB Bank Championship 2023 telah diadakan di Ibu Pejabat MBSB Bank Petaling Jaya, yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M.Taib bersama Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.
Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Bin Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Datuk S.Sivasundaram, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Bin Haji Rahman dan barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM serta para penaja AFL.
Turut hadir Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AFL, Penasihat Kelab Bolasepak IFC, Datoβ Mohd Zulfikar Bin Ahmad, Pengurus pasukan IFC, Mohd Iqmal Haqimie Bin Abdullah dan barisan kejurulatihan serta pemain-pemain IFC.











