Nama A.C.A.B. sebagai kugiran skinhead terus dikenang di hati para peminat underground. Lagu-lagu dendangannya berjaya menggambarkan kemelut politik dan ketidakadilan sosial yang membelenggu anak muda ketika itu, setiap bait lirik dalam album ini bagai wadah yang bercakap bagi pihak mereka waima setiap not dan melodi dari intro ke solo setiap lagu masih mampu dihafal dan kekal relevan sehingga kini.
Skinhead 4 Life antara album Oi! terbaik di Malaysia yang berjaya mengeluarkan mesej lagu mengenai ketidakadilan sosial pada anak muda berkaitan amalan demokrasi. Lagu seperti “Skinhead For Life” memberikan semangat kejantanan kepada para peminat underground. Lagu ini dinyanyikan semula oleh kugiran skinhead di luar negara iaitu Haymaker pada tahun 2019. Lagu ini juga dialihkan kepada bahasa Melayu iaitu Skinhead Selamanya.
A.C.A.B. juga menentang rasis terhadap perkauman, Mereka menyingkapkan dalam lagu Racial Hatred 2. Sekalipun lagu ini berbentuk kekerasan tetapi isu yang dilontarkan tentang rasis terhadap perkauman agar para peminat bersatu padu tanpa warna kulit, agama dan bangsa. Sebelum ini, mereka juga telah melengkapkan lagu Racial Hatred dalam album Eastern Oi! tahun 1999 walaupun lirik yang berbeza. Lagu Our Country menceritakan rakyat marhean terperangkap dalam permainan kerajaan hipokrasi serta ditabur dengan janji-janji manis

Hanya dengan mengulang-ulang tiga kord dalam Skinhead for Life, A.C.A.B telah berjaya memahat nama mereka bukan sahaja sebagai perintis, tetapi band oi! terbaik yang pernah wujud di bumi Malaysia. Antem ini juga terbang jauh ke serata dunia dan diulang sadur berkali-kali, sesuatu yang amat membanggakan walaupun status mereka pada ketika hanyalah band underground yang dipandang rendah arus perdana.
Tanyalah sesiapa pun budak kampung yang baru belajar memetik gitar ketika itu, pasti lagu-lagu A.C.A.B jadi pilihan kerana ia mudah, sedap dan membangkit semangat rebel yang sangat utuh. Dari budak tahfiz sehingga mat rempit, semuanya kenal A.C.A.B dan Album Skinhead 4 Life adalah kemuncak kegemilangan mereka; sebuah magnum opus yang tidak terlawan sehingga kini.Dilahirkan tepat di tengah kemelut politik dan ketidakadilan sosial yang membelenggu anak muda ketika itu, setiap bait lirik dalam album ini bagai wadah yang bercakap bagi pihak mereka waima setiap not dan melodi dari intro ke solo setiap lagu masih mampu dihafal dan kekal relevan sehingga kini. Itu belum cerita berapa ramai budak sekolah yang belajar bahasa Inggeris hanya dengan menghafal lirik-lirik A.C.A.B! Produk yang mendunia!

Jika di album Eastern Oi! (1999) A.C.A.B lebih straight forward dengan lagu-lagu Oi! & Roll, album kedua ini adalah testamen betapa pengaruh mereka kepada band-band rock legenda tempatan seperti SYJ dan Lefthanded mula meresap ke dalam penulisan lagu dengan sound yang lebih berat dan melodik berbanding seelumnya. Kekuatan vokal Megat pula sangat menggerunkan melalui trek-trek seperti Skinhead for Life, Freedom & Justice, We Are A.C.A.B, Racial hatred II dan You Lie, seperti menempik terus ke muka sang penguasa yang menyusahkan hidup dan menyekat kebebasan mereka. Edy J, Anas, Hardy Sham dan Zul juga turut memberikan persembahan terbaik masing-masing.
Album Skinhead 4 Life adalah testimoni bahawa tidak kira apa pun mesej di sebalik lagu, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah melodi yang kuat, penulisan lirik yang tulus serta keaslian dalam berkarya. Jika pakej ini lengkap, nescaya ia akan sampai sendiri ke lubuk sanubari setiap yang mendengarnya. Setuju atau tidak, Megat telah membuktikan bahawa beliau adalah komposer terbaik yang lahir dari bawah tanah namun tidak diberikan keadilan dan perhatian sewajarnya oleh pendengar arus perdana.