Post Views: 51
PUTRAJAYA, 27 OKTOBER 2023, JUMAAT – YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini telah menyempurnakan pelancaran “Tabung Palestin KPDN, Solidariti Untuk Mu” yang diadakan di Ibu Pejabat KPDN, Putrajaya.
Tabung yang dilancarkan hari ini sebagai inisiatif keprihatinan dan tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan warga KPDN terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Semoga tabung ini dapat membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.

