Post Views: 30
Permintaan tinggi barangan keperluan telah dijangka apabila menjelang musim perayaan. Situasi ini berjaya diurus dengan baik berkat kerjasama strategik bersama kementerian serta agensi-agensi lain yang turut diamanahkan untuk menjaga hak pengguna serta rakyat Malaysia. Dengan kawalan harga musim perayaan ini, kerajaan pastikan akses kepada keperluan perayaan dinikmati dan dirai. Walaupun diduga cabarann saban tahun, KPDN akan sentiasa bersedia untuk beradaptasi demi menyampaikan amanah kami pada Negara.
