Post Views: 49
Bukan susah pun nak pamerkan tanda harga. Sebagai peniaga yang beretika, anda WAJIB mempamerkan TANDA HARGA dengan JELAS dan TIDAK MENGELIRUKAN pengguna .
Kegagalan anda meletakkan tanda harga pada setiap barangan jualan yang dipamerkan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Pastikan juga TANDA HARGA yang dipamerkan di rak jualan adalah SAMA dengan di kaunter bayaran. Sekiranya berlaku perbezaan harga, anda perlu memberikan HARGA yang TERENDAH kepada pengguna.
