Menjadi satu tanggungjawab untuk para peniaga melakukan urusan jual beli yang baik. Persaingan sihat yang diwujudkan mampu memacu ke arah ekosistem perdagangan yang lebih unggul.
Tidak hanya memberi manfaat kepada pengguna, malah tanggungjawab ini menjamin keharmonian peniaga untuk sentiasa bersikap jujur.