Post Views: 27
Kerajaan amat menghargai usaha murni pengusaha Menu RAHMAH dan bagi meneruskan kelangsungan menu rahmah makanan tengah hari atau malam yang sihat dan berkhasiat serta dijual pada harga tidak melebihi RM5.00 ini , KPDN kini memperkenalkan KAD DISKAUN KHAS Menu RAHMAH!
Para pengusaha restoran dan kedai makan menu rahmah kini boleh mengurangkan kos penyediaan makanan melalui penjimatan diskaun sehingga 40 % terhadap 5,000 stock keeping unit (SKU) yang ditawarkan oleh rakan strategik KPDN iaitu AEON BiG, Econsave, Giant, Lotus’s, Mydin serta NSK.
Ayuh Pengusaha Menu RAHMAH!
Jom mohon sekarang di pautan https://menurahmah.kpdn.gov.my
atau imbas sahaja kod QR di bawah ya.
——————————————
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my
