Post Views: 27
Penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam akan memanfaatkan golongan peniaga sekaligus mewujudkan persaingan sihat dari segi harga dan potensi baru.
Langkah ini juga akan memanfaatkan pasaran untuk menjadi lebih kompetetif dan kesannya pengguna akan dapat lebih penawaran harga yang baik. Lantas, perniagaan akan bertambah mampan jika berpaksikan kejujuran.
Menjalankan perniagaan yang baik tidak hanya memanfaatkan pengguna tapi memanfaatkan peniaga juga. Tapi kena ingat! Pastinya tindakan tegas dikenakan kepada pengusaha yang sengaja menaikkan harga ayam demi mengaut keuntungan peribadi.


