Gitar adalah sejenis aalt muzik bertali. Ia terdiri daripada suatu badannya seakan-akan berbentuk biola dengan batang leher yang panjang dan padat serta terdapat ruas-ruas yang dipanggil “fret”; ia dipasangkan dengan sebilangan tali atau senar (enam biasanya, tetapi antara empat hingga dua belas ada wujud) yang boleh dimainkan dengan memetik umumnya menggunakan jari mahupun plectrum. Gitar juga terbahagai kepada dua jenis iaitu gitar akustik dan gitar elektrik. Oleh itu mari kita lihat top 5 gitaris terbaik tanah air.
1. Rosli Mohalim (Sweet Charity)
Antara pencetus fenomena rock di Malaysia. Beliau merupakan pemain gitar utama kumpulan Sweet Charity. Dilahirkan pada 30 September 1954, merupakan seorang pemain gitar yang sering mendapat jolokan Ritchie Blackmore Asia. Mulanya minat aku dalam muzik pun sebab selalu dengar lagu Sweet Charity.
2. Abdul Zamin Abdul Kadir (Wings)
Sinonim dengan alunan gitar yang penuh melodi, mantap serta padu, mana mungkin Joe Wings dinafikan sebagai salah seorang gitaris terhebat tanahair. Dilahirkan di Muar pada 8 Oktober 1969, Joe asalnya merupakan anggota kumpulan Scandals sebelum beliau menggantikan tempat Sham sebagai gitaris utama kumpulan Wings sehingga tahun 2016.
3. Allahyarham Abdul Samad Mian (Lefthanded)
Allahyarham Samad Lefthanded merupakan insan yang banyak memainkan peranan dalam sentuhan muzik kumpulan Lefthanded selain Man Kidal. Tidak dinafikan beliau seorang yang tidak lokek dalam berkongsi ilmu muzik. Dilahirkan di Johor Bahru pada 26 September 1963, beliau pernah menjadi salah seorang pensyarah di Akademi Seni Budaya & Warisan Malaysia (ASWARA). Beliau pernah diberi peluang membuat persembahan solo di Festival Muzik Jerman di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam industri muzik di sana. Allahyarham Samad meninggal dunia pada 23 Oktober 2008 selepas dikatakan terjatuh di pejabat abangnya di Ampang.
4. Abdul Rahman Mahmood (Lefthanded
Nama Man Kidal memang tak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Siapa tak kenal dengan pemain gitar Lefthanded yang sering mengiringi persembahan artis-artis tempatan lain ni? Sinonim dengan sentuhan serta fesyen ala-ala Yngwie Malmsteen, Man Kidal merupakan pemain gitar antara produk terbaik Malaysia yang dikenali di serata dunia. Ada dikalangan sahabat aku yang bukan orang Malaysia pernah gelar Man Kidal sebagai ‘The mirror reflect of Malmsteen’ (Maksudnya Malmsteen versi kidal).
5. Hillary Ang (Search)
Satu-satunya gitaris berbangsa cina yang membina karier awal bersama kumpulan rock tanahair. Dilahirkan pada 12 Mei 1962 di Johor Bahru, Hillary merupakan anggota asal kumpulan Search sebelum tempatnya digantikan oleh Kid. Beliau pernah menggantikan tempat Karl sebagai gitaris dalam kumpulan Cromok.