Post Views: 40
MENGINJAK usia 31 tahun namun susuk tubuh yang bernama Syukur Saidin ini membuktikan usia bukanlah penghalang untuk terus memberikan persembahan berkualiti buat pasukan setiap kali diturunkan beraksi.
Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 pada 12 November nanti, bakat pemain kelahiran Pulau Pinang ini mula dicungkil semasa remaja bersama skuad Piala Presiden Sime Darby (2009-2010).
Dinaikkan pangkat menyertai skuad utama Sime Darby FC (2011 -2014) sebelum menyertai Pulau Pinang FA (2015) pemain yang memakai jersi no 8 ini memberikan impak ketara buat Bukit Tambun FC pada saingan MBSB Bank Championship 2023.
Bersama rakan sepasukan Husnul Irsal dan Fauzi Abd. Kadar, pemain yang memiliki ketinggian 1.70m ini berkongsi rekod jumlah jaringan terbanyak dalam pasukan iaitu tujuh gol.
Otai yang masih berbisa…. Tahniah Syukur Saidin.
Nama penuh : Mohammad Syukur Saidin
Umur : 31 tahun
Tarikh lahir : 12 November 1991
Jersi : No 8
Posisi : Pemain Tengah
Jumlah jaringan : 7 gol
