Post Views: 22
Penamatan subsidi dan kawalan ke atas harga ayam yang bermula 1 November 2023 menjadi satu lagi pemacu untuk KPDN sentiasa komited memelihara kesejahteraan rakyat.
Bagi mengelakkan rakyat ditindas dengan harga yang tidak munasabah, KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguatkuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
