Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut oleh seluruh kaum India pada 12 November 2023 ini, penetapan harga maksimum melalui SHMMP Deepavali kini dilaksanakan bermula 9 November hingga 15 November 2023 bagi 8 jenis barangan keperluan terpilih yang dijangka akan mendapat permintaan tinggi sepanjang perayaan ini.
Penentuan harga maksimum di peringkat pemborong dan peruncit ini dibuat dengan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), agensi-agensi Kerajaan dan pemain-pemain industri.
Inisiatif ini diharapkan dapat membantu orang ramai merancang perbelanjaan dan menikmati pembelian barangan keperluan perayaan pada harga yang berpatutan.
Imbas kod QR untuk lihat senarai penuh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2023.