Seramai 40 pemain MBSB Bank Championship 2023 telah hadir sesi pemilihan untuk mencari 12 pemain yang akan menjalani latihan bersama pasukan Wolverhampton Wanderes FC (Wolves) di Compton Park Training Ground, England.
Sesi penilaian diadakan pada sebelah pagi dan petang yang dikendalikan Pengurus Projek Antarabangsa Wolves, Joe Hunt,
Jurulatih Bola Sepak & Pendidikan Wolves, Ryan Griffiths dan
Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Wolves, Cody Harper.
Hadir menyaksikan sesi penilaian pemain ialah Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Jabatan Inovasi Pengguna MBSB Bank, Norashikin Mohd Nor, bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan serta Ketua Pegawai Operasi, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad.