“Menimba dan bermain bola di akademi Wolves FC sebagaimana kita sedia maklum mereka memiliki kualiti liga terbaik didunia satu penghormatan dan pengalaman yang tidak ternilai.
“Amat bersyukur terpilih kerana saya satu-satunya penjaga gol yang akan menimba pengalaman dan mempelajari sesuatu yang akan dimanfaatkan dalam karier bola sepak saya.
“Tidak meletakkan harapan yang tinggi, jujurnya saya pun tak percaya terpilih untuk program ‘Dare to Dream’ sebab ramai lagi penjaga gol yang lebih bagus dan muda dari saya, apa pun ianya rezeki sudah tertulis buat saya, Terima kasih AFL, MBSB Bank Berhad dan PIB Shah Alam FC atas peluang yang diberikan”.
Nama penuh : Izzat Bin Abd Rahim
Umur : 30
Asal : Puchong, Selangor
Tarikh lahir : 24 November 1993
No jersi : 23
Pasukan : PIB Shah Alam FC
Posisi : Penjaga gol
• Juara Piala Presiden 2010 (Sekolah Sukan Bukit Jalil)
• Juara Liga FAM (Melaka)
• Skuad Malaysia B17/B19
• Skuad AFC Cup B19
• Juara M3 2022 (PIB Shah Alam FC)