“Pengalaman berlatih dengan akademi Wolves FC akan dimanfaatkan sepenuhnya pada saingan MBSB Bank Championship 2024 yang pastinya lebih kompetitif dari semua pasukan yang bertanding.
“Peluang ini akan saya jadikan pencetus saya untuk beraksi lebih cemerlang selain menarik minat dari kelab-kelab besar seperti Selangor FC atau JDT FC.
“Dare to Dream adalah peluang terbaik yang dirasai sepanjang bermain bola sepak dan secara secara jujurnya saya tidak menyangka yang akan terpilih dalam program ini kerana saya perlu bersaing bersama rakan-rakan dari pasukan lain.
“Saya percaya dengan kemampuan dan kebolehan yang saya miliki dapat menarik perhatian pihak kejurulatihan dari pada akademi Wolves FC . Alhamdulillah dengan rezeki Allah saya terpilih dalam program ini”.
Nama Penuh : Wan Muhammad Izzat Bin Wan Zaidi
Umur : 24 tahun
Asal : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tarikh lahir : 31 Ogos 1999
No jersi : 12
Pasukan : Manjung City Fc
Posisi : Pertahanan Kiri
• Piala FA 2022 ( Pusingan 16 terbaik)
• Piala FA 2023 ( Pusingan 16 terbaik)
• Juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2023