“Tidak pernah terlintas difikiran untuk menjejakkan kaki dalam usia yang muda di akademi Wolves FC yang kita tahu merupakan pasukan yang beraksi dipentas EPL.

“Semestinya ini adalah peluang terbaik kerana tidak semua orang mendapat peluang untuk ke Wolverhampton. saya amat bersyukur kerana diberi peluang yang amat besar kepada saya. Terima kasih AFL, MBSB Bank Berhad dan UiTM United.

“Saya akan menggunakan pengalaman berada di sana dan manfaatkan apabila pulang ke Malaysia, terima kasih kepada keluarga saya yang sentiasa menyokong dan tidak lupa juga kepada kakitangan dan kejurulatihan UiTM United kerana memberi tunjuk ajar sehingga ke tahap ini.

Nama penuh : Zikry Bin Mohd Hafis
Umur : 21
Asal : Pasir Gudang, Johor
Tarikh lahir : 16 Mei 2002
No jersi : 10
Pasukan : UiTM United
Posisi : Tengah
• Selangor Bawah 19 ( 2020 dan 2021)
• Kuala lumpur City FC B21 (2022)
• Juara Piala Agong 2022 ( Kuala Lumpur )
• Juara Piala Agong 2023 ( Selangor )
• Juara Piala Sumbangsih (Liga IPT 2023)
• Separuh Akhir Piala Emas Raja-Raja 2023
• Juara Al Ikhsan Cup 2023 (UiTM United)

#afl
#mbsbbank
#championship2023
#wolvesfc