KPDN komited melaksanakan OPS SAMAR bagi memastikan pematuhan peniaga terhadap penandaan harga barang serta memantau dan menyiasat bagi sebarang aktiviti sorok bekalan, pencatutan dan kenaikan harga tidak munasabah.

Peniaga dinasihatkan untuk sentiasa mempamerkan tanda harga dengan jelas dan tidak mengelirukan pengguna. Selain itu, mereka juga dilarang untuk menyorok bekalan dan hanya menjual kepada pihak tertentu bagi mengaut keuntungan semata-mata.

Tindakan tegas akan dikenakan kepada individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti sorok bekalan di bawah Akta Bekalan 1961.

#KPDN #OpsSamar #MalaysiaMADANI