24/12/2023 bermula 7.30 pagi ada larian santai-santai pakai kostum ataupun pakaian kebudayaan sejauh 3.2km. Larian bermula dari Persimpangan Lampu Isyarat Perkampungan Hang Tuah.
Ada larian, ada persembahan kebudayaan, ada sikit makan minum dan ada cabutan bertuah.
Yang dah kompom cabutan bertuahnya 2 buah motorsikal. 2 bukan 1. Lepas tu ada 98 lagi hadiah lain yang terdiri daripada pelbagai benda.
Lagi bestnya, penyertaan percuma untuk semua. Hanya yang perlu korang lari dengan berpakaian dan automatik layak masuk cabutan bertuah.
Boleh war-war kan kepada semua rakyat Malaysia. Daftar segera. Sebab kalau penyertaan nak cecah 1 juta orang, kami tutup pendaftaran.