Skuad Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengikat keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 semalam sekaligus menidakkan Korea Selatan untuk menjadi juara Kumpulan E.

 

Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan benteng ampuh dalam kesebelasan utama terdiri daripada Dion Cools, Shahrul Saad dan Dominict Tan.

 

Pasukan Taeguk Warriors dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan melakukan beberapa siri serangan menerusi pemain utama seperti Son Heung-min dan Lee Kang-in.

 

Keputusan seri itu menyaksikan Korea Selatan menduduki tempat kedua kumpulan dengan lima mata di belakang juara kumpulan Bahrain (enam mata) yang menewaskan Jordan 1-0 yang turut mara ke pusingan 16 terbaik selaku antara pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan.

 

Malaysia menamatkan saingan Piala Asia 2023 dengan berjaya membawa pulang satu mata.