Landskap pelancongan negeri bertambah baik malah memberi manfaat kepada rakyat sejak Zon Bebas Kenderaan diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata meskipun pada awal pelaksanaan inisiatif itu menerima kecaman hebat dari warga tempatan namun kini persepsi terhadap pelaksanaan itu lebih positif.