Bulan Ramadan inilah tempoh yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia kerana inilah masa untuk menunaikan rukun Islam ketiga yang menjanjikan pahala berlipat kali ganda dan juga sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Namun, bagi kebanyakan orang, waktu berpuasa yang panjang boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, gula dalam darah rendah dan sakit kepala terutamanya jika tidak minum air secukupnya serta tidak mengambil makanan berkhasiat ketika berbuka. Jangan lupa untuk amalkan beberapa tip-tip berpuasa untuk kekalkan diri anda segar sepanjang hari.