Pintu masuk (image by tripadvisor)
Rumah Penghulu Abdul Ghani atau Galeri Demang Abdul Ghani (image by facebook.com)

Dahulunya rumah pusaka kini menjadi galeri Demang Abdul Ghani oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) pada tahun 2011. Ukiran dan seni bina menjadikan rumah tradisional ini sebagai Warisan Kebangsaan 2018 yang terletak di Merlimau, Jasin.

Setiap ukiran bermotifkan flora dan fauna mempunyai maksudnya tersendiri manakala rumah bercirikan seni bina Cina menggunakan kayu cengal, jati dan merbau tanpa menggunakan sebarang paku sebaliknya hanya dipasak dan ditanggam.

Menariknya, unsur kebudayaan Cina seperti ‘Ang Ling’ iaitu Naga Merah membawa maksud kekuasaan dan kekayaan manakala ‘Eng Ling’ iaitu Naga Emas adalah perlindungan dan kawalan terpapar pada rumah tradisional ini. 

Pembinaan rumah tradisional bukan sahaja pembuatannya dari tukang Melayu malah hasil tangan dari tukang Cina juga menjadikan seni bina ini wujud dari kedua-dua unsur budaya. Bukan itu sahaja, unsur budaya Eropah juga ada pada seni bina unik rumah ini. Kegunaan rumah tradisional Abdul Ghani pada masa dahulu sebagai tempat perjumpaan bagi perbincangan hal ehwal masyarakat biasanya dibuat di anjung rumah atau balai penghadapan.

Pecahan rumah terbahagi kepada enam ruang utama iaitu dapur, ruang tengah, serambi, rumah ibu, bilik tidur dan balai penghadapan. Di rumah tradisional ini juga terdapat satu tangga untuk naik ke loteng yang dikatakan khas untuk kegunaan para wanita. Rumah tradisional ini merupakan rumah tertua yang masih berdiri megah. 

Alamat: Taman Merlimau Jaya, 77300 Melaka

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9:00am-5:00pm)

                            Isnin tutup

Hubungi: 06-2841934

The heritage house is now a gallery of Demang Abdul Ghani by the Melaka State Government through the Melaka Museum Corporation (Perzim) in 2011. Carvings and architecture make this traditional house a National Heritage 2018 located in Merlimau, Jasin.

Each sculpture with flora and fauna motifs has its own meaning while the house features Chinese architecture using cengal wood, teak and merbau without using any nails but only nailed and mortgaged.

Interestingly, elements of Chinese culture such as ‘Ang Ling’ which is the Red Dragon carries the meaning of power and wealth while ‘Eng Ling’ which is the Golden Dragon is the protection and control displayed in this traditional house.

The construction of traditional houses is not only made by Malay craftsmen but also handmade by Chinese craftsmen making this architecture exist from both cultural elements. Not only that, but European cultural elements are also present in the unique architecture of this house. The use of Abdul Ghani’s traditional house in the past as a meeting place for discussions of community affairs was usually made on the porch of the house or the front hall.

The house is divided into six main rooms, namely the kitchen, the middle room, the foyer, the mother house, the bedroom and the front hall. In this traditional house, there is also a staircase to go up to the attic which is said to be special for the use of women. This traditional house is the oldest house that still stands majestically.

Address: Taman Merlimau Jaya, 77300 Melaka

Hours of operation: Tuesday-Sunday (9:00am-5:00pm) Monday closed

Contact: 06-2841934

Jeriji Pagar Musang di bahagian anjung (image by
Tangga Melaka (image by flickr.com)
Tiang Seri dan Pelamin Gaya Peranakan Cina di bahagian rumah ibu (image by Wikimedia Commons)
Ruang utama (image by HBIM)