Amateur Football League (AFL) telah menganjurkan Taklimat Pasukan & Local General Coordinator Liga M3 2023 selama dua hari bermula semalam, di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Turut berlangsung pada hari pertama taklimat adalah Pelancaran Bola Rasmi Liga M3 2023 tajaan @kelmemalaysia yang dirasmikan oleh Pengerusin AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah AFL Dato’ Adly Shah Ahmad Tah, Tuan Syed Yazid Syed Omar dan YBhg. Datuk Kamarudin Bin Haji Hassan dan wakil-wakil penaja.
Taklimat yang dihadiri oleh 28 orang peserta dari kalangan Pengurus Pasukan dan Local General Coordinator itu dijalankan bagi mempersiapkan barisan pasukan bertanding sebelum Liga M3 2023 bermula 4 Mac ini.