Al Taj Food Marketing & Services Sdn Bhd diusahakan oleh Encik Tajul Ariffin beroperasi sejak 2016. Nama Al Taj diambil sempena nama ala Arab dan nama pemilik perniagaan, Encik Tajul. Kebolehan Encik Tajul menyediakan Nasi Arab menjadikan ia sebagai menu utama bagi Encik Tajul sekeluarga. Hal ini demikian memberi dorongan kepada beliau untuk membangunkan perniagaan jenis pes segera bagi menu Nasi Arab, rempah perapan ayam, kambing dan seafood. Juga terdapat 20 produk yang lain berupa ready to eat. Kesemua produk yang dihasilkan boleh bertahan selama 18 bulan. 

Proses bagi produk-produk Al Taj ini dilakukan di kilang Serkam, Melaka. Produk makanan dari Al Taj Food & Marketing ini telah dipasarkan kepada seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, terdapat juga kedai-kedai makan yang mengambil stok pes segera Nasi Arab dari Al Taj bagi menu hidangan Nasi Arab di kedai. Pilihan Nasi Arab seperti Nasi Arab Mendhi rasa biasa dan Nasi Arab Kabsah berempah sesuai untuk dimakan ketika sarapan, tengah hari dan malam.

Konsep ready to eat sangat mudah yang mana anda hanya perlu buka dan boleh terus dimakan atau panaskan dahulu di dalam microwave atau dipanaskan dalam air yang mendidih selama 3 hingga 4 minit dan siap dimakan. Seterusnya, bagi konsep ready to cook pula bahan yang disediakan dalam bungkusan sudah siap ditumis cuma perlu dicampurkan dan boleh dimasak dengan cepat dan senang. 

Hidangan dan jualan makanan ready to cook dan ready to eat menfokuskan kepada mereka yang duduk di homestay dan perkhemahan yang mencari makanan tengah malam, mereka yang dari Malaysia duduk di luar negara dan orang yang sememangnya duduk di luar negara kerana penyediaan produk keluaran Al Taj mudah dimasak dan dihidangkan. Harga yang berpatutan mampu dimiliki dengan kuantiti dan rasa yang sedap. 

Alamat: Lot 133, Kilang Vendor Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, 773000 Serkam Melaka

Hubungi: 012-3347974/018-2030699/018-2016712/06-2635409

Al Taj Food Marketing & Services Sdn Bhd has been run by Mr. Tajul Ariffin since January 2018. The name Al Taj is taken in conjunction with the Arabic name and the name of the business owner, Mr. Tajul. Mr. Tajul’s ability to prepare Arabic Rice makes it the main menu for Mr. Tajul and his family. This gave him the impetus to develop an instant paste type of business for the Arab Rice menu, marinated chicken spices. lamb, seafood and there are 20 other products in the form of ready to eat. All products produced can last for 18 months.

The concept of ready-to-eat is very simple you only have to open and can be eaten immediately or heated first in the microwave or heated in boiling water for 3 to 4 minutes and ready to eat. Next, for the ready-to-cook concept, the ingredients provided in the package are ready to be stir-fried, they just need to be mixed and can be cooked quickly and easily.

The process for ready-to-eat food is done at the Serkam factory, Melaka. This ready-to-eat food from Al Taj Food & Marketing has been marketed throughout Malaysia. Choice of Arabic Rice such as Mendhi Arabic Rice with a normal taste and Kabsah Arabic Rice with spices are suitable for eating at breakfast, lunch and dinner. Meals of ready-to-eat food focus on those who sit in homestays and camps looking for midnight food, those from Malaysia who live abroad and people who actually live abroad because the preparation of ready-t0-eat food is easy to cook and serve. Reasonable prices are affordable with good quantity and taste.

Address: Lot 133, Kilang Vendor Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, 773000 Serkam Melaka

Contact: 012-3347974/018-2030699/018-2016712/06-2635409